Tuesday 25 August 2009

MEE LAKSA

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras cap bunga teratai
5 cawan air
....Kedua2 bahan ini dicampurkan dalam kuali dan kacau atas api sampai pekat,tutup api dan biarkan sejuk.Tak perlu di angkat keluar dari kuali tersebut.

7 cawan tepung beras
3 sudu tepung sagu/ubi
2 cawan tepung gandum
....Ketiga2 tepung ini diayak dan gaulkan kedalam adunan pekat yang telah di masak kacau tadi.
jadikan satu doh.

Cara-caranya:

1.Didihkan air dalam periuk yang agak tinggi sedikit.

2.Campurkan 2 sudu makan minyak masak.

3.Masukkan doh yang telah sebati tadi ke dalam acuan laksa lalu di tekanan ke dalam air yang sedang mendidih tadi.

4.Buatlah sampai habis.Kalau mi laksa itu timbul ertinya telah masak dan bolehlah di angkat dan dituskan ke dalam tapisan.Kalau periuk itu tak muat boleh lah ditekankan beberapa kali sehingga habis.

5.Setelah semuanya selesai dituskan,masukkan pula ke dalam air sejuk supaya mi tadi lebih kenyal dan cantik berkilat.

6.Bila nak dihidangkan barulah dituskan sekali lagi.

7.Kuahnya masaklah terlebih awal serta dengan asserinya sekali.Tentu tau kan!

*Sesuai dihidangkan untuk 10 orang.(meleleh dah air liur ni!)


KUAH LAKSA

1 1/2 kg ikan kembung/pelaling/selar/ape2 yg sesuai,ikut suka(banyaknya ikan ikut hidangan-ini sesuai utk 10 org)
1 ringgit bwg kecil
2 biji bwg besar
1 ringgit cili kering diblen
sedikit belacan
50sen/30sen daun kesum
4/5 kuntum bunga kantan/ikut suka
10 keping asam keping/ikut suka
garam secukup rasa

Hiasan/ulamannya

daun salat dihiris
bawang besar dihiris
cili besar merah dihiris
cili padi potong kecil2
timun
nenas kalau suka
telur rebus dibelah 4/6

cara-caranya

1.Rebus/kukus ikan.Kalau rebus air jangan dibuang.

2.Ambil isi ikan sahaja dan di blen hancur.Kepala ikan dibuang dan tulang2nya boleh diambil dan blen serta tapis untuk ambil manisannya.

3.Masukkan isi ikan yg telah diblen ke dalam periuk+air tulang ikan tadi+air rebusan ikan kalau ada

4.Cili kering+bawang besar +bawang kecil+belacan diblen hingga lumat,kemudian dicampurkan ke dalam periuk berisi ikan tadi.

5.Bubuh air lebih-lebih,agak-agak ikut sesuai kepekatan ikan itu.

6.Bubuh asam keping+garam

7.Biarkan menggelegak,kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan

8.Rasa garam dan biarkan mendidih lagi hingga cukup masak dan berpuashati rasa asam garamnya.

9.Akhir sekali bolehlah dihidangkan bersama mee laksa dan ulaman2 tadi.

Selamat Mencuba!pasti nak lagi ...dah makan bagi berapa bintang tau!

1 comment:

  1. Macam mana nak buat kuah laksa pulak? tak kan nak makan mee dia je?

    ReplyDelete