Monday 27 September 2010

x leh nak upload gmbar2

Maaf skali lgi x leh nak upload gmbr2 krna masalah internet explorer....entah x tau la ,dah bnyak ari dah camni.InsyAllah akn sya cuba lgi.....tpi x tau bila.....????

Awal Ramadhan brsama ank2 n cucu(14 ogos 2010)


cucu main2 di bawah pokok

botol susu pun ada gak,dia org puasa yo yok


menantuku ikat rambutan
bukan nak jual,nak bawak balik KL


Sib baik puasa,klu x dah bedal dah...




bang ngah jdi tarzan jap..




lama2 x leh jdi tarzan leteh,puasa.....




Awal ramadhan ank2 sya Bangah & family,Bg Lang & family,adik n hakimy pulang utk mengimarahkn rmadhan brsama ibu di kg gemas.Kebtulan pulak musim buah ada pnghujung2nya lgi.mereka tu smua cuti hujung mnggu.Pgi2 ahad 15 ogos kmi g ke kbun utk mmtik buah...mcm2 reaksi kegmbiraan brcmpur keletihan gak.dia org mmg x larat nak petik buah2 tu tpi nak buat camne syg pulak buah tu trbiar dmakn haiwan...Akhirnya ibu gak yg try mnjat.pnjat pokok yg rendah je la.nak cpt trpaksa la di cntas mna2 yg perlu.

Mohon maaf blog dingin je...

Mohon maaf kwn2 n family dah lma btul x update blog...mlas la n bz ngan urusan lain....kali ni bru nak update sikit wlupun citenya dah agak basi gak....

Sunday 21 March 2010

IKAN PERCIK

Bahan2

6/7 ekor ikan kembung/ikan selar yg sdg
5 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1 inci halia
3 btg serai
1 bj kelapa kg ambil santan pekat shj /setengah kg kot santan kedai
3/4 sudu besar cili kering yg dah diblen
sedikit minyak masak
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

Cara memasaknya

  1. Lumurkan ikan dgn garam dan sedikit je kunyit serbuk(jgn bnyak nnt kuahnya jdi kuning)
  2. Goreng ikn tpi jgn garing supaya dging ikn lembut & mudah meresap kuah
  3. Kedua2 jenis bwg ditumbuk lumat.(klu blen boleh jugak tpi kurang enak sbb bnyak air)
  4. Serai dititik sahaja
  5. Panaskan minyak dan tumis bwg dgn serai sekali
  6. Setelah naik aroma masukkan santan pekat
  7. Kacau perlahan2
  8. Masukkn garam,air asam dan kacau lagi smpai santan pekat hingga terbit minyak
  9. Kecilkan api dan masukkan ikan yg telah digoreng tadi
  10. Balik2 kn ikan perlahan2 sehingga semua asam garam dah cukup rasa,boleh lah diangkat utk dihidangkn.....
  11. Kalau nak susun ikan dlm pinggan terlebih dulu kemudian curahkn kuah tumis pun boleh juga tpi kurang meresap/perisa...la

*cara sebenarnya ikn itu dipanggang bukan digoreng ,tpi cara begini nak cepat n mudah.sebelum dipanggang ikn dilumur dulu dgn sedikit bwg2 yg telah ditumbuk dan yg lebihnya dimsukkn dlm santan.

*klu suka dlm santan tumis tdi boleh juga dibubuh sedikit gula tpi sya mmg tak suka bbuh gula


Saturday 19 December 2009

Cuti-cuti di melaka pd 30.11.09



naik kapal De cruse kat Sg Melaka









Bandar Hilir Melaka..Sorang je lagi yg belum berpunye
kanan sekali...boleh la...kosong tu!..No 3 dri kanan menantu saya jgn kacau lak!





Kat Kota A Farmosa Melaka








Dari sg melaka nampak Menara Taming Sari...gi la naik
best gak nampak pemandangan sekeliling yg menarik!








Salah sebuah rumah di perkampungan Moten Melaka di tepi
Sg Melaka.............

Main layang-layang bersama cucu2-anak Fahmy Kat Kajang

besar lyang2 dari orangnya
tu la pasal tak leh naik!









Bibik lagi terror









nak ajar adik main gak!









Yg ni naik tinggi,Tok wan yg terror








Huh,izzul lak yg terror!......Padang Taman Sutera kajang


Monday 9 November 2009

AYAM PERCIK

Bahan2

1 ekor ayam(potong kecil)-bersihkan,gaul dgn kunyit dan garam,kemudian dikukus
(jgn guna air terlalu banyak).Air kukusan boleh lah digunakan utk
ramas kelapa/+ kan ke dlm santan
Kelapa 3 biji/1 kg santan
Cili kering diblen(pedas ikut suka)
7 btg serai(dihiris dan diblen lumat)
1 1/2 inci halia -diblend
1 1/2 inci lengkuas-diblend
5 ulas bwg putih -diblend
5 ulas bwg merah -dblend
1 sudu kerisik
buah tomato 3/4 biji
sedikit penumis(kulit kayu manis,bga cengkih,bga lawang,pelaga hindi,bwg putih,bwg merah dan sedikit halba)

minyak utk menumis
3 btg serai dititik
1/4 gula kabung/enau/melaka
garam secukup rasa


Cara membuat


  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 penumis dahulu sehingga naik aroma
  • Tumis bahan2 yang di blend tadi satu persatu sehingga terbit minyak
  • Masukkan santan+kerisik+gula kabung+sedikit garam+tomato+serai titik
  • Kacau hingga agak2 pekat,baru masukkan ayam yg telah dikukus tadi
  • Kacau lagi sehingga kuah pekat dan sebati dgn ayam
  • Keluarkan semula ayam dan panggang ayam tersebut atas bara api yg dijaga rapi
  • Kuah tadi dikacau lagi sehingga pekat lagi dan terbit minyak
  • Setelah cukup rasa asam garamnya barulah ditutup api
  • Angkat ayam yg telah dipanggang tadi dan diatur dalam pinggan hidang kemudian curah kan kuah yg telah masak tadi ke atas ayam panggang tersebut.
  • Boleh lah dihidangkan
  • Enak di makan dengan nasi putih.

*(Kalau guna santan,campurkan dgn air kukusan ayam.Kalau guna kelapa parut,ramas dgn air kukusan ayam )