Saturday 19 December 2009

Cuti-cuti di melaka pd 30.11.09



naik kapal De cruse kat Sg Melaka









Bandar Hilir Melaka..Sorang je lagi yg belum berpunye
kanan sekali...boleh la...kosong tu!..No 3 dri kanan menantu saya jgn kacau lak!





Kat Kota A Farmosa Melaka








Dari sg melaka nampak Menara Taming Sari...gi la naik
best gak nampak pemandangan sekeliling yg menarik!








Salah sebuah rumah di perkampungan Moten Melaka di tepi
Sg Melaka.............

Main layang-layang bersama cucu2-anak Fahmy Kat Kajang

besar lyang2 dari orangnya
tu la pasal tak leh naik!









Bibik lagi terror









nak ajar adik main gak!









Yg ni naik tinggi,Tok wan yg terror








Huh,izzul lak yg terror!......Padang Taman Sutera kajang


Monday 9 November 2009

AYAM PERCIK

Bahan2

1 ekor ayam(potong kecil)-bersihkan,gaul dgn kunyit dan garam,kemudian dikukus
(jgn guna air terlalu banyak).Air kukusan boleh lah digunakan utk
ramas kelapa/+ kan ke dlm santan
Kelapa 3 biji/1 kg santan
Cili kering diblen(pedas ikut suka)
7 btg serai(dihiris dan diblen lumat)
1 1/2 inci halia -diblend
1 1/2 inci lengkuas-diblend
5 ulas bwg putih -diblend
5 ulas bwg merah -dblend
1 sudu kerisik
buah tomato 3/4 biji
sedikit penumis(kulit kayu manis,bga cengkih,bga lawang,pelaga hindi,bwg putih,bwg merah dan sedikit halba)

minyak utk menumis
3 btg serai dititik
1/4 gula kabung/enau/melaka
garam secukup rasa


Cara membuat


  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 penumis dahulu sehingga naik aroma
  • Tumis bahan2 yang di blend tadi satu persatu sehingga terbit minyak
  • Masukkan santan+kerisik+gula kabung+sedikit garam+tomato+serai titik
  • Kacau hingga agak2 pekat,baru masukkan ayam yg telah dikukus tadi
  • Kacau lagi sehingga kuah pekat dan sebati dgn ayam
  • Keluarkan semula ayam dan panggang ayam tersebut atas bara api yg dijaga rapi
  • Kuah tadi dikacau lagi sehingga pekat lagi dan terbit minyak
  • Setelah cukup rasa asam garamnya barulah ditutup api
  • Angkat ayam yg telah dipanggang tadi dan diatur dalam pinggan hidang kemudian curah kan kuah yg telah masak tadi ke atas ayam panggang tersebut.
  • Boleh lah dihidangkan
  • Enak di makan dengan nasi putih.

*(Kalau guna santan,campurkan dgn air kukusan ayam.Kalau guna kelapa parut,ramas dgn air kukusan ayam )

Wednesday 7 October 2009

NAK PULANG DAH-24.09.09




Zuhairy farhan(ank Kak Yon),Azmi(ayah Su),Abeme,anak Azmi dan Nor Azli(adik ipar kakYon) sedang sembang2 terakhir sebelum kami beredar.......






Abeme,anak Azmi,Nabiha dan Nor Azli








Hus!adik(Zuhairy Farhan) cerita ape tu dengan Ayah Su,syok nampaknya!








Sembang2 pagi di PCB









Kak Yon/ibu,Azizon,Aleani(anak busu)Abeme,Adik,Azmi dan nenek(Nik Aishah)bergambar depan chelet PCB.

DI KOLAM RENANG PCB KOTA BHARU


Nabiha dan Insyirah



Nabiha nak sambut Insyirah yang nampak takut2 je!






cantiknya pokok-pokok kelapa
yang menghijau di tepi kolam






Hidayat anak busu Azizon dan Hakimy bersama dgn cucu-cicit-piut TTabal mandi di kolam tersebut.Nun kat sana nampak Nik Farid takut-takut je nak ke tengah kolam....





Kutip kelapa di Pantai PCB.
Diaorang ni duduk di Shah Alam,
mana la jumpa pokok kelapa dan buah kelapa,
tau2 dah jadi santan je!






Amboi comelnya!anak2 Busu ni,sopannya berjalan macam puteri Jepun



MALAM - MAJLIS BBQ di PCB KOTA BHARU- Hari Keluarga Tuan Tabal

33 ekor ayam yang terkorban untuk
program BBQ tersebut














Walau pun hujan renyai-renyai,kira-kira 200 org hadir






Sempat gak telefon keluarga yg tak mahu turun kerana hujan renyai2





Hj Nik Abd Rahman(Abeme selaku Naib Pengerusi
AJK TTabal paling sibuk memastikan semuanya
dapat makan







Orang lain makan,Abeme buat kuiz.Mula2 berdiri.....







Dah lengoh berdiri,duduk la pulak......

Ibu tengah cedok kuah sos tu!
Ibu dapat jawab 2 soalan kuiz dan dapat 2 hadiah
Sorry ye tak bagi can org lain.




Bakar lagi!bakar lagi! bestnya!






Adik ni menang soalan kuiz yg last sekali.Tangan kanan pegang ayam,jadi terpaksa la ambil hadiah tangan kiri.
Soalannya:Apa nama kitab pertama hasil karangan Hj.Tuan Tabal?

Monday 5 October 2009

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI SILATURRAHIM KELUARGA TUAN TABAL (23.09.2009)di Perdana Resort PCB K.BHARU

TGNA(Tok Guru Nik Aziz) baru sampai,berehat sebentar di lobby resort
Satu2nya cucu Tuan Tabal(Ibu Saya-Nik Aishah bt.Ahmad)yang masih hidup



Sembang2 dgn tetamu



Khusuk mendengar tayangan multimedia 'Keluarga Tuan Tabal'



Kaunter Pendaftaran



Hari Keluarga - Keluarga Tuan Tabal

Nik Ruhiah Zaidah (isteri Nik Aziz Nik Hassan) menyampaikan ucapan













Ketibaan ahli keluarga se awal jam 8.30pg







Jualan Salasilah Keluarga Tuan Tabal






Kaunter jualan cenderamata


Kehadiran yang memberangsangkan


TGNA di lobby resort







Sibuk menyemak keturunan dan salasilah masing2









Kyusuk menonton tayangan multimedia tentang rentetan hidup Tuan Tabal dan anak cucunya






Ayah Su/Azmi sedang mengiringi YB Tuan Guru Nik Aziz berangkat pulang.


Thursday 1 October 2009

MAJLIS UKHWAH SILLATURRAHIM KELUARGA TUAN TABAL DI PCB KOTA BHARU PADA 23HB SEP O9

Tok Guru Nik Aziz sedang menyampaikan amanat & ucapan perasmian

Ucapan dari Hj.Nik Aziz Nik Hassan selaku Pengerusi Kehormat

Nik Farid selaku s/usaha AJK Ttabal sedang menemuramah ibu saya (Nik Aishah) merupakan cucu Ttabal yg masih hidup



Kak Yon &2 org anak,ibu saya Nik Aishah,adik( Azizon &keluarganya) bergambar di depan celet PCB resort KB sebelum ke dewan perjumpaan ukhwah keluarga Tuan Tabal.




Pagi Hari Raya Fitri 20.09.09 di rumah Kak Yon.Ibu Nik Aishah,Zuhairy Farhan dan Ariff Hakimy.3 anak lagi serta menantu dan cucu2 tak balik kerana tahun ini giliran beraya di sebelah keluarga mentua masing2.

Wednesday 16 September 2009

LAKSAM

Bahan-bahan

1 kampit tepung beras cap bunga teratai
air (1 caw tepung + 2 caw air)
1 kg ikan kembung/mambong/selar/pelaling
Setengah kg santan
6 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam(ikut kesesuaian)
garam
asam keping

Ulamannya

bunga kantan (dihiris halus)
daun kesum(dihiris)
kacang panjang (dipotong kecil2)
taugeh mentah
timun(dihiris halus)
kobis (dihiris halus-kalau suka)
limau kasturi(kalau suka)
cili kering(rebus dan tumbuk + garam untuk jadikan sambal gesek)-kalau diblen memang tak sedap

Cara buat mee laksamnya

  1. Bancuh tepung ikut sukatan air yg telah diberi dan kacau rata2
  2. Tuangkan sedikit2,agak2 sesenduk2 ke dalam loyang kukus/tutup periuk dan dikukus sekejap.sebelum itu pastikan loyang telah disapu minyak terlebih dahulu.
  3. Sambil angkat,sambil digulung dgn menggunakan sudu besar, adunan tepung yang telah masak itu.Tak perlulah dikopek dan dikeluarkan sekeping-sekeping baru nak di gulung.
  4. Kukuslah sampai habis.

Kuahnya

  1. Bersihkan ikan dan dikukus.ambil isinya sahaja dan diblen
  2. Campurkan ke dalam santan(kalau nampak pekat tambah je air)
  3. Blen lada hitam,halia,bawang dan masukkan ke dalam santan tersebut
  4. Jerang dan kacau sampai masak
  5. Bubuh garam dan asam keping ikut la secukup rasa.
  6. Boleh lah dihidangkan dengan mee laksam tadi(dipotong-potong dulu) serta ulaman2nya sekali,

*1 kampit tepung sesuai untuk 6 orang makan.Kadang2 ibu buat pun main agak2 je.So pandai2lah adjust terutama nak imbangkan ikan dgn santan.Biar lebih rasa ikan dari santan baru sedap.


Tuesday 8 September 2009

AYAM GORENG BERSOS

Bahan-bahan

1/4 ekor ayam/agak2 3 org makan
6 ulas bawang kecil (tumbuk)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
1 inci halia(tumbuk)
1 biji bawang besar (dadu)
3 sudu makan cili kering yg dah di blen (untuk anak2 yg tak tahan pedas jgn bubuh)
kunyit serbuk
sedikit sos cili kfc
sedikit kicap manis
garam halus
minyak untuk menggoreng
daun sop & daun bawang untuk menghias(kalau perlu)

Cara2nya

  1. Potong ayam kecil2 dan bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam halus dan kunyit serbuk
  2. Goreng ayam tapi jgn terlalu garing dan angkat tos
  3. Keluarkan minyak ayam goreng tadi kalau terlalu banyak,tinggalkan agak2 sesuai untuk menumis bawang2 dan halia yang telah ditumbuk terlebih dahulu sampai naik aromanya.
  4. Masukkan air lesung dan kacau agak2 kering sedikit,kemudian masukkan cili blen
  5. Tumis lagi hingga terbit minyak dan + air cili sedikit lagi+sedikit garam(hati2 pd ayam pun dah bergaram)
  6. Masukkan ayam yang telah bergoreng dan gaul rata2
  7. Masukkan cili sos agak2 la
  8. Masukkan kicap manis agak2
  9. Masukkan bawang dadu
  10. Gaul rata2 hingga agak2 pekat,nampak merah kehitam-hitaman barulah di angkat
  11. Boleh lah dihidang dan tabur daun sop & daun bawang,kalau suka.
*Sesuai untuk 3 orang makan

Sunday 6 September 2009

RESEPI YANG BERJAYA-Bang Longnye



Sambal goreng ikan bilis





Sambal sotong









Telur bungkus