Monday 10 August 2009

JEJAK KASIH---BERSUA DI GEMAS

Dari kiri: Muhammad Azmi(2pupu)Nik Khairi(ank sdra sepupu)Nik Abd Rahman(ank sdra 2 pupu)Nik Farid(ank sdra 2 pupu) & Nik Aziz(2 pupu)-kaitan dgn saya.
Menjamah hidangan masak lomak cili api,podeh tak?

Sambil makan sambil sembang2 dengan emak saya pangkat mak sdra sepupu dan nenek.



Untuk tatapan anak-anakku,waris-waris dan sahabat-sahabat yang mengenaliku,
Pada 7hb.08.2009(Jumaat) menjadi 'Hari ini Dalam Sejarah' apabila saya dikunjungi oleh waris sebelah ibu saya yang dah lama terputus hubungan.Kami berbual-bual dan mencari susur- galur yang dah lama menyepi.Emak saya bernama Nik Aishah/(Nik Sah binti Ahmad) adalah dari keturunan ulama yang terkenal ketika itu berasal dari Tabal Siam (ia itu Datuk emak saya).Bererti emak saya cucunya,jadi saya adalah cicitnya. Emak saya sering juga menceritakan tentang susur- galur ini kepada saya tapi kami tak dapat nak berhubung dengan waris-waris yang agak jauh sedikit tapi kami pernah juga balik ke Kelantan beberapa kali sahaja sejak emak saya meninggalkan kelantan 60 tahun yang lalu kerana bertapak dengan keuarga ayah saya yang berasal dari N.Sembilan(Kg.Londah)+Melaka(Nyalas).Kalau pun balik ke Kelantan kami hanya berjumpa dengan bapa saudara dan emak saudara yang terdekat sahaja tapi kini semua saudara yang terdekat sudah meninggal,tinggallah emak saya seorang sahaja(85t).Emak saya selalu menyebut-nyebut ingin berjumpa dengan warisnya yang lain seperti sepupu2.anak2 saudara dan lain2.Akhirnya diizinkan Allah dalam suasana yang tidak dirancang tapi Allah sahaja yang Maha mengetahui dan telah menentukan semuanya ini.Syukur,Alhamdullillah gembiranya emak saya yang tak terhingga,dalam hayat yang dah tinggal penghujung dapat lah hajatnya dimakbulkan Allah. Sempatlah juga emak saya memberi imput-imput nostalgia kepada waris-warisnya itu yang sentiasa mahu up-datekan ukhwah yang tidak mahu sejarah keluarga lenyap begitu sahaja.Rupa2nya pada Tahun 2006 mereka ada buat Perjumpaan hari raya 'Keluarga Tuan Tabal 'di Kuala Lumpur tapi mereka tidak dapat menghubungui saya dan emak saya.Jadi kali ini mereka hendak buat perjumpaan kali ke 2 di Perdana Resort,PCB Kota Bharu Kelantan pada hari raya yang ke 4.Terlalu kepingin emak saya nak menghadirkan diri.InsyaAllah saya akan bawa kalau diizinkan Allah.Anak-anak ibu dan adik-beradik saya yang terbaca info ini harap dapat join sama.Begitu besar lah harapan mereka.
Nama sebenar Tuan Tabal ialah Haji Abdul Shamad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kalantani,lahir pada 1840 m.Beliau juga pernah di gelar 'tuan Kutan'. TT mendalami pelajarannya di Makkah setelah belajar ilmu Arabiyah di Patani tidak kemas.Dalam pada itu TT belajar ilmu Tharikat Ahmadiyah dari Sidi Syekh Ibrahim ar-Rasyidi ia itu murid kpd Sidi Ahmad Idris.Tuan-tuan guru beliau tinggal di Makkah,maka dipercayai TT ialah orang pertama menyebar tharikat tersebut di Kelantan dan sekitarnya termasuk tempat-tempat lain di Nusantara.(Keluaran Artikel Bahagian agama,Utusan Malaysia,hari Isnin 4 okteber 2004,Seksyen 3,hlm 10 dgn judul Tuan Tabal Penyebar Thariqat Ahmadiyah Pertama di Nusantara).
Karya -karya Tuan Tabal yang dah ditemui ialah;
1.Munabbihul Ghafilin-2 muharram1285h/1868m
2.Jalalul Qulub bi Zikrillah-18 muharram 127h/1870m
3.Kifayatul 'Awam fima Yajibu 'alaihim min Umuril Islam-14 safar 1295H/1878M
4.Mun-Yatu Ahlil Auwab/Awbah fi Bayanit Taubah
5.Bab Harap,1359M/1940H
6.Biyadatul Ta'limil 'Awam Tarafi min Arkanil Islam dicetak di Makah 1323H/1906M
7.Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Rabhibin fit Taqrib-10 Zulhijjah 1300 H?1882 M
8.Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil mursalin-tidak sempat diselesaikan kerana beliau
meninggal dunia pd usia 51 tahun tapi diterbitkan juga oleh Mathba'ah al-Kamaliyah
KBharu-1345H/1926 H.



4 comments:

  1. wah... jejak kasih... TV3 tak datang sekali ke?

    ReplyDelete
  2. wa panjang nye...penat mate bace..heheh..
    adik konpem nk g kelantan..da lm sgt x g sane..
    nk gak tgk org2 sane..hmm..jom ramai2 g sane..ok??

    ReplyDelete
  3. Askum..kak aminah...sy piut kpd tuan tabal iaitu anak kepada cicit tuan tabal..ayah sy bernama NIK MOHD YUSOFF B NIK ABDULLAH..dan ibu kak aminah adalah adik kepada datuk saya..NIK ABDULLAH..jd ibu kak aminah adalah nenek saudara saya..sy sekeluarga pun dapat jemputan ke penjumpaan keluarga tuan tabal ry k24 nt di PCb.. hrp dpt jmpe di sana..

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    saya dari keluarga tuan tabal gak..
    ari tu ada pergi hari keluarga kat perdana resort...salam kenal

    ReplyDelete