Wednesday 16 September 2009

LAKSAM

Bahan-bahan

1 kampit tepung beras cap bunga teratai
air (1 caw tepung + 2 caw air)
1 kg ikan kembung/mambong/selar/pelaling
Setengah kg santan
6 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam(ikut kesesuaian)
garam
asam keping

Ulamannya

bunga kantan (dihiris halus)
daun kesum(dihiris)
kacang panjang (dipotong kecil2)
taugeh mentah
timun(dihiris halus)
kobis (dihiris halus-kalau suka)
limau kasturi(kalau suka)
cili kering(rebus dan tumbuk + garam untuk jadikan sambal gesek)-kalau diblen memang tak sedap

Cara buat mee laksamnya

  1. Bancuh tepung ikut sukatan air yg telah diberi dan kacau rata2
  2. Tuangkan sedikit2,agak2 sesenduk2 ke dalam loyang kukus/tutup periuk dan dikukus sekejap.sebelum itu pastikan loyang telah disapu minyak terlebih dahulu.
  3. Sambil angkat,sambil digulung dgn menggunakan sudu besar, adunan tepung yang telah masak itu.Tak perlulah dikopek dan dikeluarkan sekeping-sekeping baru nak di gulung.
  4. Kukuslah sampai habis.

Kuahnya

  1. Bersihkan ikan dan dikukus.ambil isinya sahaja dan diblen
  2. Campurkan ke dalam santan(kalau nampak pekat tambah je air)
  3. Blen lada hitam,halia,bawang dan masukkan ke dalam santan tersebut
  4. Jerang dan kacau sampai masak
  5. Bubuh garam dan asam keping ikut la secukup rasa.
  6. Boleh lah dihidangkan dengan mee laksam tadi(dipotong-potong dulu) serta ulaman2nya sekali,

*1 kampit tepung sesuai untuk 6 orang makan.Kadang2 ibu buat pun main agak2 je.So pandai2lah adjust terutama nak imbangkan ikan dgn santan.Biar lebih rasa ikan dari santan baru sedap.


Tuesday 8 September 2009

AYAM GORENG BERSOS

Bahan-bahan

1/4 ekor ayam/agak2 3 org makan
6 ulas bawang kecil (tumbuk)
4 ulas bawang putih(tumbuk)
1 inci halia(tumbuk)
1 biji bawang besar (dadu)
3 sudu makan cili kering yg dah di blen (untuk anak2 yg tak tahan pedas jgn bubuh)
kunyit serbuk
sedikit sos cili kfc
sedikit kicap manis
garam halus
minyak untuk menggoreng
daun sop & daun bawang untuk menghias(kalau perlu)

Cara2nya

  1. Potong ayam kecil2 dan bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam halus dan kunyit serbuk
  2. Goreng ayam tapi jgn terlalu garing dan angkat tos
  3. Keluarkan minyak ayam goreng tadi kalau terlalu banyak,tinggalkan agak2 sesuai untuk menumis bawang2 dan halia yang telah ditumbuk terlebih dahulu sampai naik aromanya.
  4. Masukkan air lesung dan kacau agak2 kering sedikit,kemudian masukkan cili blen
  5. Tumis lagi hingga terbit minyak dan + air cili sedikit lagi+sedikit garam(hati2 pd ayam pun dah bergaram)
  6. Masukkan ayam yang telah bergoreng dan gaul rata2
  7. Masukkan cili sos agak2 la
  8. Masukkan kicap manis agak2
  9. Masukkan bawang dadu
  10. Gaul rata2 hingga agak2 pekat,nampak merah kehitam-hitaman barulah di angkat
  11. Boleh lah dihidang dan tabur daun sop & daun bawang,kalau suka.
*Sesuai untuk 3 orang makan

Sunday 6 September 2009

RESEPI YANG BERJAYA-Bang Longnye



Sambal goreng ikan bilis





Sambal sotong









Telur bungkus

Saturday 5 September 2009

RENUNG-RENUNGKAN LAH

'Resepi manisnya iman'

"TINGKATKAN IBADAH JANGAN NAK BANYAKKAN JUADAH
NANTI MAKANNYA SIKIT,LEBIHNYA KE TONG SAMPAH
NAFSU JE SUKA TAPI ALLAH YANG MARAH
MUHASABAH LAH DIRI SUPAYA TAK TERUS MENGALAH"

Wednesday 2 September 2009

Sambal goreng ikan bilis cili api

Bahan-bahan

1 mangkuk basuh tangan ikan bilis yg baik
segenggam cili api
8 ulas bawang kecil
1biji bawang besar
sedikit asam jawa
sedikit minyak untuk menumis

cara-caranya

1.Goreng ikan bilis garing2 dan di angkat
2.Cili api diblen tapi jangan bubuh air terlalu banyak/tumbuk pun boleh
3.Kedua-dua bawang itu ditumbuk.Kalau blen tak sedap
4.Tumis cili api dulu hingga cukup garing tapi jaga jangan hangus
5.Masukkan bawang(air lesung boleh ambil tapi jgn terlalu banyak) dan tumis lagi hingga agak garing
6.Masukkan ikan bilis dan kacau2 hingga garing dan rata
7.Masukkan air asam jawa sedikit shj
8.Kacau2 lagi hingga betul2 garing,kering dan kelihatan hampir2 hitam tapi bukan hangus
9.Angkat dan makan la dengan nasi panas2 pasti menyelerakan.

*Nak guna cili kering pun boleh tumis lah sampai garing2.Jangan bubuh garam sbb masin ikan bilis dah mencukupi.

Kampungku


Rumah bonda ini telah dibina pada tahun 1992 yang lalu .

Rumah Bonda di Kg Ulu Ladang,Gemas,N.S

Rumah bonda kami yang telah di cat hampir 70% siap.Tak tau lah bila nak sambung lagi.Kami adik beradik pun duduk jauh-jauh belaka.
Sebelah malamnya kami sempat solat berjemaah di bimbing oleh abang ipar saya Tn Hj.Jamil Ismail


Kami sempat mengadakan tahlil untuk ayahanda saya almarhum Ismail Sabudin,suami saya Almarhum Hj.Mohd Karim Bidin dan untuk adik saya almarhummah Noraini Ismail



Tak semuanya yang balik,kerana masing-masing ada urusan yang tak dapat dielakkan




Abang ipar saya Tn.Hj Jamil membimbing dalam bacaan yassin dan tahlil.Beliau imam 3 masjid Kg.Bukit Lanchong,Seksen 27 Shah Alam Selangor.(Jiran dengan rumah ibu bapa ustaz Asri Rabbani yg meninggal baru-baru ni.)

Gotong-Royong Rumah Bonda

Pada 15 dan 16 hb Ogos yang lalu kami adik beradik telah bersama-sama membersihkan rumah bonda kami di Kg.Ulu Ladang,Gemas,N.S
Terasa begitu seronok dan satu kepuasan walaupun tidak dapat diselesaikan sepenuhnya tapi kami begitu terhibur dapat menjalan satu tanggung-jawab bersama demi untuk bonda dan rumah tempat kami berkumpul.Dalam gambar abang ipar saya Bang Jamil(mengecat),Hafiz(anak buah-baju merah),Amran(adik-baju biru),Hakimy dan anak2 buah yang lain Hidayat,Nabiha,n Rahmah


Buat lah keja tu jangan main-main kata Pak Ndak(Amran)



Hakimy dan Hidayat (anak Azizon-busu)bersihkan longkang yang tersumbat.Tahniah berjaya!



Nabiha (anak busu) kecik2 pun kena keja gak!