Sunday 21 March 2010

IKAN PERCIK

Bahan2

6/7 ekor ikan kembung/ikan selar yg sdg
5 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1 inci halia
3 btg serai
1 bj kelapa kg ambil santan pekat shj /setengah kg kot santan kedai
3/4 sudu besar cili kering yg dah diblen
sedikit minyak masak
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa

Cara memasaknya

  1. Lumurkan ikan dgn garam dan sedikit je kunyit serbuk(jgn bnyak nnt kuahnya jdi kuning)
  2. Goreng ikn tpi jgn garing supaya dging ikn lembut & mudah meresap kuah
  3. Kedua2 jenis bwg ditumbuk lumat.(klu blen boleh jugak tpi kurang enak sbb bnyak air)
  4. Serai dititik sahaja
  5. Panaskan minyak dan tumis bwg dgn serai sekali
  6. Setelah naik aroma masukkan santan pekat
  7. Kacau perlahan2
  8. Masukkn garam,air asam dan kacau lagi smpai santan pekat hingga terbit minyak
  9. Kecilkan api dan masukkan ikan yg telah digoreng tadi
  10. Balik2 kn ikan perlahan2 sehingga semua asam garam dah cukup rasa,boleh lah diangkat utk dihidangkn.....
  11. Kalau nak susun ikan dlm pinggan terlebih dulu kemudian curahkn kuah tumis pun boleh juga tpi kurang meresap/perisa...la

*cara sebenarnya ikn itu dipanggang bukan digoreng ,tpi cara begini nak cepat n mudah.sebelum dipanggang ikn dilumur dulu dgn sedikit bwg2 yg telah ditumbuk dan yg lebihnya dimsukkn dlm santan.

*klu suka dlm santan tumis tdi boleh juga dibubuh sedikit gula tpi sya mmg tak suka bbuh gula