Monday 31 August 2009

ROTI JOHN

Bahan-bahan
1 cawan daging cincang/ayam/sadin
Beberapa buku roti john yang pendek
10 biji telur
1bungkus yg paling kecil (80sen)rempah kari daging
2 sudu cili kering yang dah diblen
2 sudu ketumbar-digoreng kering dan diblen kering +kedua2 jintan dibawah
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
6 ulas bawang merah-ditumbuk
4 ulas bawang putih-tumbuk
1 inci halia_tumbuk
1atau 2 biji bawang besar potong dadu
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak masak
sedikit lada sulah
sedikit majerin

Hiasannya

timun dipotong serong2
tomato potong bulat2
kacang pis & karot beli yang dah siap
sos ikut suka
mayunis ikut suka

Cara membuatnya.

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah ditumbuk tadi hingga naik aromanya.
2. Rempah+ketumbar+jintan +cili kblen dibancuh terlebih dahulu dengan sedikit air kemudian dimasukkan ke dalam tumisan bawang tadi.Tumis rata2 sampai terbit minyak
3. Masukkan daging/ayam/sadin
4.Tambah dengan air lesung dan biar sampai bahan2 itu masak
5.Masukkan bawang besar yang telah didadu+garam+sedikit gula+lada sulah
6.Biarkan semua rencah tumisan itu agak pekat tapi jangan terlalu kering,baru matikan api
7.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
8.Pecahkan 10biji telur dalam mangkuk+sedikit garam dan dipukul perlahan supaya rata
9.Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam adunan telur dan kacau rata2/mungkin boleh guna lebih dri 10 biji kerana ikut saiz telur atau kecukupan bahan rencah penumis tadi.
10.Boleh juga dibancuh sedikit-sedikit contoh 2biji telur + 2sudu perencah./Bancuh sekali semua,dan masak sikit2,yg lebih simpan dalam peti sejuk,sbb makan panas2 sedap
11.Panaskan kuali leper dan sapukan majerin dgn nyalaan api yg perlahan
12.Leserkan memanjang(ikut sepanjang saiz roti) 1 senduk kecil bahan perencah tadi separuh masak(kalau suka taburlah kacang pis+karot),sambil itu belah roti tpi jangan putus dan ditelangkupkan ke atas dadar perencah yg separuh masak itu,kemudian tekan2 sedikit dan diterbalikkkan sekejap,barulah diangkat.
13.Buatlah sampai habis/ikut keperluan
14.Hias dengan timun/tomato dan curahkan sos dan mayunis.
15.Boleh lah dihidangkan.Kalau nak jual rm1.80 satu.

NASI DAGANG-Kelantan

Bahan-bahannya:

1 kg beras dagang(warna putih+merah2 sikit)-ada yg tambah beras pulut lagi tpi kami x suka.
1 biji kelapa/1/2 kg santan(asingkan yg cair dan pekat)
4 ulas bawang putih(dihiris halus)
5 ulas bawang merah(dihiris halus)
2 inci halia(dimayang halus)
2 sudu halba
garam secukup rasa
orag kelantan bubuh gula sikit tapi ibu tak bubuh,tak suka.

Cara-caranya

1.Basuh beras bersih-bersih dan rendam semalaman
2.Tus beras dan kukus agk2 lah(kukus kali 1)
3.Angkat beras kukusan itu dan masukkan ke dalam besen kemudian gaulkan dengan santan cair dulu kemudian kukus lagi.(kukus kali ke 2)
4.Masukkan bahan-bahan yang dah dihiris tadi + garam+halba ke dalam santan pekat,gaul rata-rata.
5.Angkat kukusan kali yg ke2 tadi,masukkan ke dalam santan pekat dan gaul rata-rata,kemudian dikukus lagi sekali sampai masak dan lembut.(kukus kali ke 3)

(*perhatian -Setiap kali nak menggaul buat dalam besen,senang dan rata.Bila nak dituangkan ke dalam kukusan,kukusan itu mesti lah di alas atas dulang supaya beras tidak terkeluar,kemudian ambil balik beras yang terkeluar dari lubang kukusan itu dan masukkan semula ke dalam kukusan perlahan-lahan)

6.Biasanya 3 kali kukus dah cukup masak dah.Hidang lah bersama kari ikan tongkol/acar klu suka/sambal kelapa(ibu tahu tpi malas nak buat leceh),Dgn kari pun dah sedap dah tak nampak mentua lalu belakang.

7Kuah kari ikan tongkol buat lah macam masak kari ikan biasa tapi orang kelantan ada caranya tersendiri.Ikan itu disinggang dulu supaya lebih perisa asam garamnya baru dikarikan.

Sunday 30 August 2009

TELUR BUNGKUS

Bahan-bahannya:

3 sudu daging (dihiris halus2/cincang)/sedikit ayam/1atau 2 ekor sotong(dibelah/potong kecil2)/6ekor udang (buang kulit&dipotong kalau udang tu besar)
4 biji telur
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4/6 biji cili api(kalau suka)/cili besar dihiris
3 urat kacang panjang(dipotong kecil2)/kacang pis
sedikit karot(potong dadu)-kalau suka
1biji bawang besar(potong dadu)
sedikit daun bawang & sop
sedikit sos cili
sedikit black paper
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Cara-caranya

1.Bawang putih,bawang merah,halia,cili api ditumbuk hingga lumat.
2.Tumis bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik aromanya
3.Masukkan daging/sotong/udang/ayam tadi+dengan air lesung dan kacaulah sehingga masak
4.Masukkan garam,sos,dan lada hitam
5.Masukkan bawang besar dadu & sayur-sayuran tadi.kacau la hingga rata
6.Setelah masak boleh lah di angkat.(tapi jangan terlalu kering,biarkan agak2 basah sedikit)
7.Bahan tumis ini boleh di bahagi dua.1 bahagian untuk 2 biji telur.
8.Pecahkan dua biji telur dulu+secubit garam dan dadarkan dalam kuali yang telah dipanaskan minyak terlebih dahulu.
9.Perlahankan api dan biarkan telur dadar itu agak2 separuh masak,kemudian letakkan separuh bahan tumis tadi ditengah-tengah telur dadar itu.
10.Kemudian lipatkan telur dadar itu jadi separuh bulatan.Lepas tu terbalikkan sekali lagi supaya kedua2 bahagian separuh bulatan tu masak.
11.Angkat dan hidangkan (kelar2kan supaya senang nak di makan dan nampak cantik)
12.Buat lagi sekali untuk bahan yang ada berbaki lagi untuk 2 biji telur lagi.Kalau sudah mencukupi bahan yang lebih itu boleh disimpan dalam peti sejuk dan bolehlah dimasak bila2 perlu.
*2 biji telur sesuai di makan untuk 2/3 orang.Dan enak dimakan panas2.

Ibu baru je buat masa berbuka tadi,pas tu masa sahur buat rencah yang berbaki tu pulak.Ternyata Hakimy sorang je yang pulun.Selera betul dia makan lebih2 lagi waktu sahur memang menyelerakan.Try la jangan tak try,cepat,mudah dan syok!




Saturday 29 August 2009

SAMBAL SOTONG KANGKUNG

1 kg sotong
1/2 mangkuk basuh tangan cili kering yg dah di blen
10 biji bwg kecil ditumbuk lagi sedap
sedikit belacan
minyak masak
air asam jawa
garam secup rasa
1 ikat sayur kangkung/agak2 la

caranya

1.Bersihkan sotong dan potong bulat-bulat
2.Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi hingga naik aromanya
3.Masukkan cili yang dah diblen tadi dan tumiskan lagi hingga terbit minyak
4.Masukkan air lesung kesan tumbukkan bawang tadi dan kacau lagi hingga pekat
5.Masukkan sotong dan kacau lagi hingga pekat dan terbit minyak
6Masukkan belacan yang telah di hancur-hancurkan bercampur air dan ditapis.
7.Masukkan garam dan kacau lagi hingga pekat.
8.Masukkan air asam jawa dan biarkan pekat hingga terbit minyak
9.Setelah cukup rasa asam garamnya dan pekat,baru masukkan kangkung dan kacau lagi sehingga rata.
10.Boleh lah dihidangkan pasti makan bertambah-tambah.

*Sesuai untuk 6/7 orang.

PUTU MAYAM

Bahan-bahannya

1 kampit tepung beras cap bunga teratai
air panas gelegak
sedikit garam
daun pisang
gula merah
kelapa parut yang muda
sedikit minyak masak
acuan putu mayam

cara-caranya

1.Ayak tepung beras+kan sedikit garam
2.Didihkan air betul-betul mendidih kemudian tuangkan terus ke dalam mangkuk tepung tadi sambil kacau hingga jadi likat dan rata.
3.Sediakan kukusan dan alas dengan daun pisang.Sapu sedikit minyak masak atas daun pisang
tersebut.
4.Sapukan acuan putu mayam dengan minyak masak supaya tidak melekat.
5.Kepal-kepalkan doh tepung tadi dan masukkan ke dalam acuan putu mayam sampai penuh
6.Tekankan doh yg sedia ada dalam acuan putu mayam itu ke dalam kukusan yang dah berlapik dengan daun pisang tadi.Tekan putarkan bulat seperti lengkaran ubat nyamuk.
8.Buat sampai penuh susunan dalam periuk kukus itu.
9.Selepas itu dikukus sampai masak,kira-kira 10 minit agaknya.
10.Sementara menunggu putu mayam dalam kukusan itu masak,boleh lah tekankan lagi doh yang berbaki dalam kukusan yang ke 2.
11.Hidanglah bersama kelapa dan gula merah.Boleh juga dimakan bersama kari.


*Sesuai di makan untuk 10 orang.(Kalau yg tak kuat makan la)

Friday 28 August 2009

GULAI LEMAK CILI API UDANG

Bahan-bahan

1 kg udang besar
1 bj kelapa/setengah kg santan
30 sen cili api-(gulai udang tak boleh terlalu pedas nanti hilang manisnya udang).
4 helai daun kunyit- dihiris dan buang urat tengahnya
5 batang serai-dihiris halus-halus.
1 atau 2 keping asam keping
1 1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa

cara memasaknya

1.Bersihkan udang dan masukkan ke dalam periuk

2.Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk udang tadi.Ambil sekali air lesung tapi jangan terlalu banyak.

3.Serai yg telah dihiris tadi diramas sedikit +dgn garam kasar,kemudian campurkan ke dalam udang
4.Kecutkan udang bersama bahan2 tadi dengan api yang sederhana.Masukkan garam sekali.

5.Setelah air kecutan tadi hampir kering,masukkan santan

6.Jaga dan dikacau santan supaya tidak pecah minyak.Kacau la hingga masak(bila nampak santan dah rata tak ada nampak macam ada air terenang2,itu tandanya kuah dah masak)

7.Rasa garam secukupnya dan campakkan asam keping.

8.Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris terlebih dahulu.

Hidang lah,dan pasti anda berpuas hati dengan masakkan air tangan sendiri.

*udang laut ini boleh juga di masak campur kambas/peria/terung.Kalau campur sayuran ini tak perlu lah bubuh serai/daun kunyit.Tapi kalu udang galah sungai memang sedap cara resepi di atas.

Tuesday 25 August 2009

MEE LAKSA

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras cap bunga teratai
5 cawan air
....Kedua2 bahan ini dicampurkan dalam kuali dan kacau atas api sampai pekat,tutup api dan biarkan sejuk.Tak perlu di angkat keluar dari kuali tersebut.

7 cawan tepung beras
3 sudu tepung sagu/ubi
2 cawan tepung gandum
....Ketiga2 tepung ini diayak dan gaulkan kedalam adunan pekat yang telah di masak kacau tadi.
jadikan satu doh.

Cara-caranya:

1.Didihkan air dalam periuk yang agak tinggi sedikit.

2.Campurkan 2 sudu makan minyak masak.

3.Masukkan doh yang telah sebati tadi ke dalam acuan laksa lalu di tekanan ke dalam air yang sedang mendidih tadi.

4.Buatlah sampai habis.Kalau mi laksa itu timbul ertinya telah masak dan bolehlah di angkat dan dituskan ke dalam tapisan.Kalau periuk itu tak muat boleh lah ditekankan beberapa kali sehingga habis.

5.Setelah semuanya selesai dituskan,masukkan pula ke dalam air sejuk supaya mi tadi lebih kenyal dan cantik berkilat.

6.Bila nak dihidangkan barulah dituskan sekali lagi.

7.Kuahnya masaklah terlebih awal serta dengan asserinya sekali.Tentu tau kan!

*Sesuai dihidangkan untuk 10 orang.(meleleh dah air liur ni!)


KUAH LAKSA

1 1/2 kg ikan kembung/pelaling/selar/ape2 yg sesuai,ikut suka(banyaknya ikan ikut hidangan-ini sesuai utk 10 org)
1 ringgit bwg kecil
2 biji bwg besar
1 ringgit cili kering diblen
sedikit belacan
50sen/30sen daun kesum
4/5 kuntum bunga kantan/ikut suka
10 keping asam keping/ikut suka
garam secukup rasa

Hiasan/ulamannya

daun salat dihiris
bawang besar dihiris
cili besar merah dihiris
cili padi potong kecil2
timun
nenas kalau suka
telur rebus dibelah 4/6

cara-caranya

1.Rebus/kukus ikan.Kalau rebus air jangan dibuang.

2.Ambil isi ikan sahaja dan di blen hancur.Kepala ikan dibuang dan tulang2nya boleh diambil dan blen serta tapis untuk ambil manisannya.

3.Masukkan isi ikan yg telah diblen ke dalam periuk+air tulang ikan tadi+air rebusan ikan kalau ada

4.Cili kering+bawang besar +bawang kecil+belacan diblen hingga lumat,kemudian dicampurkan ke dalam periuk berisi ikan tadi.

5.Bubuh air lebih-lebih,agak-agak ikut sesuai kepekatan ikan itu.

6.Bubuh asam keping+garam

7.Biarkan menggelegak,kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan

8.Rasa garam dan biarkan mendidih lagi hingga cukup masak dan berpuashati rasa asam garamnya.

9.Akhir sekali bolehlah dihidangkan bersama mee laksa dan ulaman2 tadi.

Selamat Mencuba!pasti nak lagi ...dah makan bagi berapa bintang tau!

Roti Jala - Khas untuk Bang Long


Bahan untuk rotinyanya:
3 cawan tepung gandum(ayak dulu)
3 cawan air
1 sudu makan susu pekat atau majerin tpi sedap susu lagi
1 biji telur
sedikit kunyit serbuk untuk pewarna
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit minyak masak
Cara2nya:
1.Tepung,air,susu,telur & garam digaul dan diblen sampai rata.
2.Panaskan kuali leper dengan menggunakan api yang sederhana panas dan sapukan minyak dengan menggunakan daun pandan yg telah dikoyak-koyakkan sedikit.
3.Tuangkan adunan yang telah diblen tadi dengan menggunakan acuan roti jala.Tuangkan keliling kuali tersebut ikut suka saiznya.
4.Setelah masak angkat menggunakan pisau atau ditelangkupkan terus dari kuali tersebut,kalau kuali itu kecil dan ada pemegangnya.
5.Kemudian lipat/gulung lah ikut suka.(Peringatan kalau nak lipat.pastikan bahan roti itu terbalik,kerana kerak dan bahagian garingnya di sebelah dalam agar kelihatan cantik dan licin)
6.Hidanglah dan makan bersama kuah kari daging/kari ayam.Kalau makan tu ingat ibu.
*Cukup untuk 6 orang.
Masakkan kuah karinya terlebih dahulu.Buat kuah kari dah terror kan?

Resepi -RENDANG MAMAN

Bahan-bahan;
1kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.

Cara memasaknya:

1.Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal
supaya daun maman tidak terlalu basah,

2.Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.

3.Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan
ke dalam daging tadi.

4.Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.

5.Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.

6.Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.

7.Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan2 supaya daunnya semua layu dan tenggelam.

8.Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.

9.Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.

*Cukup dimakan untuk 7 orang.(Kalau yang kuat makan 4 orang kot)

Monday 10 August 2009

SAYA DAN EMAK SAYA - bergambar pd 7hb.8.2009


Bersama emak saya di rumah saya 1074 Taman Sentosa,Gemas,N.Sembilan.Usia emak saya 84 tahun(lahir tahun 1924)-Emak saya cucu Tuan Tabal.Saya 56 tahun pesara guru lahir pd 18.4.1953.(cicit Tuan Tabal).

SILSILAH KELUARGA TUAN TABAL


Tuan Tabal (Hj Abdul Samad bin Muhammad Saleh) ada 8 orang anak dari 2 orang isteri(pertama 6org & yg kedua 2org)


1.Wan Ahmad bin Hj. Abdul Samad-(Mufti Kelantan yg ke IV)-10 anak dari 5 org isteri.

2.Wan Musa bin Hj. Abdul Samad-(Mufti Kelantan )12 orang anak.Salah seorang darinya ialah
Nik Mahyuddin bin Nik Wan Musa(Bekas Pengasas&Pengetua
Kolej Islam Kelang & Cetusan idea pengujudan SMKA
Pedas,Rembau-sudah meninggal.
-Salah seorang dari cucu Nik Mahyuddin bernama Dato'Nik
Mustafa ialah Ketua Pengarah IKIM sekarang.(2 pupu
saya).Pernah dengar perbualan beliau dlm radio IKIM pd
3.8.09 lantas menceritakan kpd emak saya.Abangnya Nik Aziz
(dlm gambar berbaju batik putih) ada berkunjung ke rumah
saya pd 7.8.08.Beliau ialah bekas Pensyarah di UKM Bangi.

3.Nik Omar bin Hj.Abdul Samad-meninggal umur belasan tahun.

4.Wan Abdullah bin Hj Abdul Samad - 5 orang anak dri 2 org isteri

-Cucunya Azmi bin Abd Rahman bin Wan Abdullah(dlm
gambar berbaju biru muda berjalur-Vice President di Institutional Sales
Equity markets,KL.(2 pupu saya)
-Pengacara tilawah sekarang(Prkt Kebangsaan) berbahasa Arab ialah abang ipar Azmi(Mahmud Abdul) -bererti menantu sepupu emak saya.
-Anak saudaranya Azmi -Nik Abdul Rahman bin Mustafa bin
Nik Abdul Rahman bin Wan Abdullah(dlm gambar baju
merah kopiah -penuntut University Insanniah Kedah-Dia
lah yang berusaha keras penyambung tugas
datuknya, Nik Abd Rahman(nama nya sama dgn dirinya juga)untuk mencari waris2 yang dah lama terpisah.(Anak saudara 2 pupu saya)
-Anak saudaranya Azmi lagi-Nik Mohamad Farid bin Nik
Ismail bin Nik Abdul Rahman bin Nik Abdullah(dlm gambar
berbaju putih berpetak)-sambung belajar Phd di UiTM Syah Alam.
(ank saudara 2 pupu saya)

5.Wan Aishah bt.HjAbdul Samad-8 org anak

6.Wan Fatimah bt,Hj,abdul Samad -2 orang anak

7.Ahamd bin Hj. Abdul Samad -Anak dari isteri ke 2 Tuan Tabal (Hj.Abdul Samad)Ayah emak
saya.(Nik Aishah bt Ahmad bin HjAbd Samad)

-Bertugas sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu
Kelantan tapi telah meninggal ketika masih lagi muda.Emak
saya ketika itu baru berusia 5 tahun.Emak saya ank yg ke 4.
dari 5 beradik.
-Emak saya tak sempat nak mendapat pendidikan yang mendalam kerana ketiadaan ayah sejak dari kecil lagi.Dia dididik oleh emaknya sekadar yang termampu sahaja.Tidak bersekolah tapi dididik secara tasmik di rumah sahaja.Setelah dewasa dia belajar secara beramai-ramai dari guru-guru di rumah-rumah mualim tempatan ketika itu.Tapi emak saya seorang pencinta Al Quran dan tafsir.Walaubagaimanapun emak saya boleh membaca jawi dan rumi walaupun tidak mendapat pendidikan normal.Belajar juga bahasa arab tapi tidak kemas,maklumlah ketika itu serba kekurangan.Hari-hari minatnya membaca kitab suci Allah dari dulu sampai sekarang.,dan lain2 bacaan yang ada.Ada 12 org anak.2 meninggal kecil dan seorg meninggal tahun 2008.Saya anak yg ke 5.

-Berbaju biru pekat(dlm gambar)Nik Khairy cucu abang emak saya-bekerja di Petronas Gemencheh sebagai Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang Tampin.

(Jadi saya cicit kpd Tuan Tabal).


8.Che Wook- 2 orang anak.


(Lihat Silsilah dan preview supaya jelas.

JEJAK KASIH---BERSUA DI GEMAS

Dari kiri: Muhammad Azmi(2pupu)Nik Khairi(ank sdra sepupu)Nik Abd Rahman(ank sdra 2 pupu)Nik Farid(ank sdra 2 pupu) & Nik Aziz(2 pupu)-kaitan dgn saya.
Menjamah hidangan masak lomak cili api,podeh tak?

Sambil makan sambil sembang2 dengan emak saya pangkat mak sdra sepupu dan nenek.



Untuk tatapan anak-anakku,waris-waris dan sahabat-sahabat yang mengenaliku,
Pada 7hb.08.2009(Jumaat) menjadi 'Hari ini Dalam Sejarah' apabila saya dikunjungi oleh waris sebelah ibu saya yang dah lama terputus hubungan.Kami berbual-bual dan mencari susur- galur yang dah lama menyepi.Emak saya bernama Nik Aishah/(Nik Sah binti Ahmad) adalah dari keturunan ulama yang terkenal ketika itu berasal dari Tabal Siam (ia itu Datuk emak saya).Bererti emak saya cucunya,jadi saya adalah cicitnya. Emak saya sering juga menceritakan tentang susur- galur ini kepada saya tapi kami tak dapat nak berhubung dengan waris-waris yang agak jauh sedikit tapi kami pernah juga balik ke Kelantan beberapa kali sahaja sejak emak saya meninggalkan kelantan 60 tahun yang lalu kerana bertapak dengan keuarga ayah saya yang berasal dari N.Sembilan(Kg.Londah)+Melaka(Nyalas).Kalau pun balik ke Kelantan kami hanya berjumpa dengan bapa saudara dan emak saudara yang terdekat sahaja tapi kini semua saudara yang terdekat sudah meninggal,tinggallah emak saya seorang sahaja(85t).Emak saya selalu menyebut-nyebut ingin berjumpa dengan warisnya yang lain seperti sepupu2.anak2 saudara dan lain2.Akhirnya diizinkan Allah dalam suasana yang tidak dirancang tapi Allah sahaja yang Maha mengetahui dan telah menentukan semuanya ini.Syukur,Alhamdullillah gembiranya emak saya yang tak terhingga,dalam hayat yang dah tinggal penghujung dapat lah hajatnya dimakbulkan Allah. Sempatlah juga emak saya memberi imput-imput nostalgia kepada waris-warisnya itu yang sentiasa mahu up-datekan ukhwah yang tidak mahu sejarah keluarga lenyap begitu sahaja.Rupa2nya pada Tahun 2006 mereka ada buat Perjumpaan hari raya 'Keluarga Tuan Tabal 'di Kuala Lumpur tapi mereka tidak dapat menghubungui saya dan emak saya.Jadi kali ini mereka hendak buat perjumpaan kali ke 2 di Perdana Resort,PCB Kota Bharu Kelantan pada hari raya yang ke 4.Terlalu kepingin emak saya nak menghadirkan diri.InsyaAllah saya akan bawa kalau diizinkan Allah.Anak-anak ibu dan adik-beradik saya yang terbaca info ini harap dapat join sama.Begitu besar lah harapan mereka.
Nama sebenar Tuan Tabal ialah Haji Abdul Shamad bin Muhammad Salleh Tabal al-Fathani al-Kalantani,lahir pada 1840 m.Beliau juga pernah di gelar 'tuan Kutan'. TT mendalami pelajarannya di Makkah setelah belajar ilmu Arabiyah di Patani tidak kemas.Dalam pada itu TT belajar ilmu Tharikat Ahmadiyah dari Sidi Syekh Ibrahim ar-Rasyidi ia itu murid kpd Sidi Ahmad Idris.Tuan-tuan guru beliau tinggal di Makkah,maka dipercayai TT ialah orang pertama menyebar tharikat tersebut di Kelantan dan sekitarnya termasuk tempat-tempat lain di Nusantara.(Keluaran Artikel Bahagian agama,Utusan Malaysia,hari Isnin 4 okteber 2004,Seksyen 3,hlm 10 dgn judul Tuan Tabal Penyebar Thariqat Ahmadiyah Pertama di Nusantara).
Karya -karya Tuan Tabal yang dah ditemui ialah;
1.Munabbihul Ghafilin-2 muharram1285h/1868m
2.Jalalul Qulub bi Zikrillah-18 muharram 127h/1870m
3.Kifayatul 'Awam fima Yajibu 'alaihim min Umuril Islam-14 safar 1295H/1878M
4.Mun-Yatu Ahlil Auwab/Awbah fi Bayanit Taubah
5.Bab Harap,1359M/1940H
6.Biyadatul Ta'limil 'Awam Tarafi min Arkanil Islam dicetak di Makah 1323H/1906M
7.Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Rabhibin fit Taqrib-10 Zulhijjah 1300 H?1882 M
8.Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil mursalin-tidak sempat diselesaikan kerana beliau
meninggal dunia pd usia 51 tahun tapi diterbitkan juga oleh Mathba'ah al-Kamaliyah
KBharu-1345H/1926 H.



Friday 7 August 2009

TEAM YANG COMEL-COMEL


Tengok la cucu-cucu saya ini,tak habis-habis nak posing; Dari kiri(atas): Amir Hidayat bin Masha'ari Helmy,Qays Zuhayr bin Asya'ary Razmy,Muhammad Izzul Fadhly bin Khairy Fahmy.
Dari kiri (bawah)Ammar Waiz bin Masha'ari Helmy,Mya Zuhayra binti Asha'ary Razmy dan Izzul Faqry bin Khairy Fahmy.

Thursday 6 August 2009

KELUARGA SAYA DALAM KENANGAN

Kami merakamkan kenangan di pelbagai tempat dan situasi....