Friday 31 July 2009

Jalan-jalan di Pantai Morib

Pd 25.7.09 yg lalu kami pergi ke Pantai Morib beli ikan segar.Boleh tahan harga murah dan segar.Banyak gak la beli,sampai dapat stok utk dibawa pulang sampai ke Gemas.Kami beli ikan
parang.tenggiri,kerisi,siakap.jenak,pari,kembung,selangat dan ketam.macam nak buat kenduri lak.tapi tak pe simpan lama pun ikan tersebut tetap manis dan tidak tercemar.

Sambil tu duduk2 ambil angin atas plantar bersama bang long dan Amir Hidayat
di tepi pantai tu.Tinggi jugak la plantar tu,kalau tak silap ada 13 mata anak tangga.



Kat pantai Morib tak boleh mandi kerana pantainya berlumpur,apa lagi cucu saya ni panjat pokok la pulak.Handal la tu.Kok handal bona, lepas ni panjat lak pulak Gunung Everest ya!







Apa lah pulak dibuat dik bang long ni,nak buang air besar ke?Eh,eh! di situ bukan tandas ye! sabar-sabar ! mari kita pulang!




Masih di tepi pantai Morib,santai-santai!... Dah jom kita balik nanti ikan dalam kereta tu busuk pulak.....kami mengalu-ngalukan anda ke sana kalau nak cari ikan segar.Tak lah jauh sangat kalau dari KL kurang lebih 85 km saja.Kalau dari PD 59km je.











Wednesday 29 July 2009

6 orang cucu-cucu saya yang cun-cun-2008















Cucu-cucu saya dr kanan;

Ammar Waiz (anak Blong ke 2), Izzul Fiqry(anak Blang ke 3,yg ke 2
meninggal) , Mya Zuhayra(anak Bangah ke 2)

& menantu2 yang manis,dr kanan;
Nurul Hidayah Zakaria(Blong punya), Zaridah Zainal Abidin(Blang punya) & Roslyeen Nik Ibrahim (Bangah punya)

Cucu-cucu saya yang lain;Qays Zuhayr(anak Bangah- sulong)yg pakai topi senget!
Muhammad Izzul Fadhly (anak Blang-sulong)berdiri senget tu!
Amir Hidayat(anak Blong -sulong) senyum senget plak!





















Cuti-cuti di Sabah pd 26.11.07

Bersama suami dan anak bungsu saya Ariff Hakimy bergambar di kaki gunung Kinabalu Sabah pada 26.11.07 yang lalu.

Dalam perjalanan ke perigi air panas yang terletak berhampiran kaki gunung Kinabalu Sabah.Huh,sejuknya!ingatkan kat London je sejuk rupa-rupanya kat Sabah pun sejuk jugak,begitulah cantik dan takjumnya ciptaan Allah ni! Bersama suami,Mohd Karim Bidin,Anak ke 4 saya Zuhairy Farhan dan Ariff Hakimy.Saat-saat manis, cuti-cuti dan jalan-jalan bersama suami dan anak-anak. Kurang lebih 3 minggu selepas tu suamiku kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya di tempat sendiri.(14.12.07)

Bergambar bersama keluarga di rumah nenek di Kg Ulu Ladang Gemas pada Hari Raya Puasa 2008 yang lalu.Bukan semuanya ada, yang ada hanya keluarga nenek,ibu.Pak ndak,Pak Ak dan Pak Yi dan Busu saja.Yang lain-lain tak balik awal,tapi mereka balik selepas solat Aidilfitri(Pak Long,Pak Lang,&Pak Itam)

Konvokesyen di UiTM Syah Alam

Di hari konvokesyen anak ke 4 saya Zuhairy Farhan pada 30.5.09 yang lalu.Hadir sama nenek,Abang Ngah,ariff hakimy,menantu, 2 orang cucu dan kawan.

Saturday 25 July 2009

Jalan-jalan Naik LRT Putra-Star-Monorel


Pada 22/07/2009 saya,along,hakimy dan cucu leter saya jalan2 ke akid mara dan ke low yat,konon nak cari hand set dan tempah baju melayu hakimy.Ini pengalaman pertama saya jalan2 di kota raya bertukar ganti train.Huh,jauh gak jalan.jam 6.30 baru sampai rumah.Malamnya berlaku kekejangan urat kaki.Saya menangis kesakitan,maklum lah tak pernah exercise,maklum la selalu

tu naik city je,terpaksa lah diurut oleh hakimy,selepas tu baru lah lega dan boleh tidur.Tak serik tapi seronok!

Permulaan

Assalamu alaikum,

Hari ni blog ni dicipta. Insya Allah banyak lagi cerita yang akan dipaparkan....

Tunggu....